
Assalamualaikum ..
Secara ringkasnya , perkataan emo diambil daripada perkataan emosional . Ianya bermaksud cenderung memperlihatkan emosi atau bertindak mengikut perasaan . Selalunya perlakuan yang ditunjukkan oleh orang yang emo ini ialah sesuatu yang bersifat negatif .
Apa yang patut kita buat untuk menghadapi rakan emo ?
1 . Mengambil wuduk .
Kita ajak kawan kita sama-sama mengambil wuduk . Sambil memujuk , kita katakan bahawa air basahan wuduk boleh menyejukkan hati yang lara . Dengan syarat kita ikhlas .
2 . Menulis sesuatu yang positif .
Berikan beberapa helai kertas dan pen atau pensil kepadanya . Kemudian katakan kepadanya supaya menulis apa yang dicita-citakannya . Sambil itu , kita katakan bahawa tulisan yang baik dan positif boleh meransang fikiran ke arah yang lebih baik .
3 . Memujinya dengan seadanya .
Kita duduk di hadapannya sambil memerhatikan wajahnya . Kita katakan kepadanya bahawa dia seorang yang bijak dan cantik . Alangkah baiknya kalau kebaikan dan kecantikan itu kita luahkan syukur kepada Allah . Dengan itu nanti , dengan izin Allah , Dia akan cantikkan hati kita dengan ketenangan dalam semua hal .
4 . Tunjukkan kasih sayang .
Tanyakan kepadanya kalau-kalau rakan emo kita itu hendakkan sesuatu seperti : nak makan apa , nak minum apa , nak baca apa-apa tak , nak tengok cerita apa , atau apa-apa yang ada dalam fikiran kita pada ketika itu asalkan perbuatan itu tidak melanggar syariat . Jangan sampai kau tanya dia " Nak pergi nightclub tak ? " Aku tampar jugak kang .
5 . Berbual-bual dan berada di samping .
Usah biarkan rakan kita yang sedang emo duduk bersendirian atau melakukan apa-apa sahaja . Nanti kena culik tau ! Kita mesti turut serta . Sebaik-baiknya , biarlah kita berbual-bual dengannya tentang sesuatu yang menggembirakan . Tapi , jangan sesekali kita melayan cerita emosinya . Kita bawa perbualan yang menyenangkan .
6 . Meminta maaf .
Ringankan lidah kita untuk menyebut perkataan maaf andainya kita yang menyebabkan rakan kita menjadi emo . Mengaku kesalahan atau kesilapan kita walaupun kita tidak melakukannya . Kita katakan kepadanya bahawa kita rindukan persahabatan yang terjalin sebelum ini .
7 . Perlihatkan padanya betapa indahnya Islam .
Jika rakan emo kita seorang yang agak degil , kita cari seseorang yang rapat dengannya untuk memujuk . Seperti adik beradiknya , kawan karibnya , gurunya , atau sesiapa sahaja yang kita rasa ada potensi untuk menjadi tempat rakan kita meluahkan perasaan . Tetapi kita kena ingat , seseorang yang rapat dengannya itu biarlah yang mempunyai pegangan agama yang baik . Kalau sebaliknya , ajaklah guru kaunseling atau ustaz / ustazah berjumpa dengan rakan emo kita itu . Boleh jugak nak panggil aku . Haha .
1 comment:
Suka suka..
Post a Comment